Ping Dr Busuk

Wanita Pertama Yang Mati Syahid Kerana Allah by M. Selim


Assalamualaikum dan selamat membaca


Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

Hasil perkahwinannya dengan Yasir bin Amir, Sumayyah dikurniai anak lelaki yang diberi nama Ammar bin Yasir. Melalui anak lelakinya inilah, pasangan Yasir dan Sumayyah mengenali agama Islam.

Suatu hari, Ammar yang mula menginjak usia remaja mendengar khabar tentang kedatangan nabi baru yang membawa ajaran Tuhan. la pun segera mencari dan ingin membuktikan khabar tersebut. Sebaik sahaja mengenali Rasulullah s.a.w., Ammar pun terus jatuh hati dan langsung mengucapkan ikrar syahadatnya.

Mendapat khabar gembira, Ammar segera menceritakan kepada ayah bundanya. Berbeza dengan kebanyakan orang Quraisy yang anti bahkan memusuhi Islam, Yasir dan Sumayyah justeru menyambut gembira khabar gembira ini. Bahkan mereka kemudian mengikuti jejak Ammar untuk bersyahadat dan menjadi Muslim dan Muslimah.

Keislamanan yang awalnya disembunyikan akhirnya diketahui juga. Mendengar cerita bahawa keluargaYassir ini memeluk agama Islam menimbulkan kemarahan Abu Hudzaifah. la memaksa supaya keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya berkeras mempertahankan keyakinan mereka.
Seperti yang dialami oleh golongan awal yang memeluk Islam, Yasir, Sumayyah, dan Ammar mengalami banyak sekali halangan dan cubaan. Hal ini ditambah lagi kerana status keluarga mereka yang bukan daripada kalangan bangsawan Quraisy. Akibatnya penderitaan yang mereka alami keterlaluan dan mereka diseksa dengan kejam melampaui batasan kemanusiaan.

Orang yang paling kejam menyeksa mereka adalah orang-orang yang selama ini melindunginya iaitu daripada kalangan Bani Makhzum yang dipimpin Abu Hudzaifah. Sumayyah yang merupakan seorang wanita, dihumban ke atas pasir, lalu tubuhnya ditimbus dengan pasir yang sangat panas.

Seakan belum puas hati, dada Sumayyah kemudiannya dihimpit dengan batu besar supaya ia tidak dapat bernafas. Lalu mereka memaks Sumayyah untuk mengimani berhala-berhala nenek moyang mereka. Namun wanita solehah ini tetap bertahan dengan keyakinannya kerana ingat janji Allah SWT bagi hamba-Nya yang bertakwa, iaitu syurga.

Yasir, Sumayyah, dan Ammar terus mendapatkan seksaan yang sedemikian keji. Mereka didera, dicambuk, disalib di padang pasir yang terik, ditindih dengan batu panas, dibakar dengan besi panas, bahkan sampai ditenggelamkan ke dalam air hingga sesak nafasnya dan mengelupas kulitnya yang penuh dengan luka.

Suatu hari ketika Ammar sudah tidak mampu untuk menanggung penyeksaan, ia kemudian mengadu pada Rasulullah s.a.w. mengenai keadaannya. Rasul yang setiap hari datang memberikan sokongan lantas berseru, "Sabarlah, wahai keluarga Yasir. Tempatyang dijanjikan bagi kalian adalah syurga."

Sekalipun berat seksaan yang diterima, namun ketiganya tetap mempertahankan keislamannya.
Ketika berada dalam keadaan sedar, tidak ada satu pun kalimat yang teriontar dari mulut ketiganya kecuali kalimat "Ahad..Ahad.." seperti yang dilontarkan Bilal bin Rabah. Hal ini semakin meningkatkan amarah orang Quraisy kerana gagal melunturkan keimanan mereka.

Hingga suatu ketika, orang Quraisy berasa putus asa dengan keteguhan iman ketiganya, mereka memutuskan membunuh Sumayyah. Adalah Abu Jahal yang melaksanakan perbuatan keji tersebut. Dengan tombaknya yang runcing, Abu Jahal menjadikan Sumayyah mujahidah pertama yang gugur di jalan Allah apabila tombak tersebut menembusi dada Sumayyah.

Menjelang wafatnya, tidak sedetik pun Sumayyah menggadaikan keimanannya. Sumayyah binti Khayyath simbol ketabahan hati, kekuatan iman, dan ketangguhan jiwa seorang mujahidah. la rela mengorbankan segala-galanya, termasukjiwa dan raganya demi Islam.

Sumayyah binti Khayyath syahid dengan meninggalkan teladan yang luar biasa. Tidak hairan ia menjadi wanita yang sangat mulia dengan keberanian dan ketabahannya. "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman" sedang mereka tidak diuji lagi?" (Surah Al Ankabut, ayat 2).

sumber

Kasih Rasulullah Tiada Terhingga by Mohd.Amirul

Assalamualaikum dan selamat membaca

Ambilah ikhtibar dan peringatan dengan apa yang diwasiatkan oleh Rasulullah.


Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap.

Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, iaitu Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku”.

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca,
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang
dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua”, keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat,
tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Pada saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh Kekasih Allah dan Penghulu Dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,
matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
’Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.
Perlahan roh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."


Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat Kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."

"Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya
’Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku’,
”peliharalah solat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu”, bisik Rasulullah s.a.w ke telinga Ali.


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.

Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii,ummatiii"
"Umatku, umatku, umatku"

Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ’ala Muhammad wa baarik wa salim ’alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

BEGITU KASIHNYA RASULULLAH S.A.W TERHADAP UMATNYA, KITA PULA BAGAIMANA???????

* Menitis air mata ini...

Sumber

Alqamah Yang Malang by Yatie Awang

Assalamualaikum dan selamat membaca



Seorang sahabat Rasulullah saw. yang bernama Alqamah, tidak dapat mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu tiba saat kematiannya. Puas diajar oleh para sahabat, namun Alqamah masih gagal mengucapkannya.

Sahabat sangat risau melihatkan wajah Alqamah yang pucat, mulut terkatup rapat serta kaki dan tangannya kaku tidak bergerak. Lalu hal ini diadukan kepada Rasulullah saw.

Rasulullah sudah sedia maklum bahawa Alqamah jadi begitu bukan kerana kurang amal ibadah, tetapi dia telah menderhaka kepada ibunya. Lalu dipanggil ibunya, maka Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud"

"Wahai ibu Alqamah, ampunkan dosa anakmu." Namun ibunya enggan kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya.

Menurut ibunya, sebelum berkahwai, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.

Melihat keengganan ibunya, Rasulullah saw. mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu, kerana kasih sayang pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia pun memaafkan anaknya.

Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menhembuskan nafas yang terakhir.

Subhanallah...betapa besarnya kasih sayang ibu. Sayangilah ibu kita dan hargailah mereka.

Rindu Ibu...Al-fatihah buat IBU DAN AYAH TERSAYANG....Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang beriman..Amin

sumber asal solusi29

Tangan dipotong Kerana bersedekah by Abd.Razak

Assalamualaikum dan selamat membaca



Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana~Ku, maka tidak ada halangan bagi~Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."

Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Wallahu'alam..


Janganlah kamu memilih-milih dan sombong terhadap Allah SWT, kerana itu dapat melemahkanmu. Janganlah kamu menyombongkan kemudahan, kekuatan, dan kemudaanmu; agar Dia tidak menghancurkanmu dan menyeksamu, sesungguhnya seksa~Nya amat pedih

~Syeikh Abdul Qadir al-Jailani~

sumber

Cerpen: Tarian Tempang Si Gadis Desa by qamarguyz

Assalamualaikum dan selamat membaca


Cerpen ini mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Neerza yang merupakan anak jati pedalaman Kulim. Dalam kemiskinan kelurga, Neerza kaya jiwa dalam beragama. Sopannya menyejukkan hati, bakat penulisannya sering dicemburui. Namun jauh di sudut sanubari, Neerza akur akan kekurangan diri yang tertulis sejak azali. Kekurangan yang menjadi rahsia buat mereka yang tidak pernah bertentang mata. Sejak dianugerahkan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU)  melalui cerpennya ‘Tarian Tempang Si Gadis Desa’, nama Mawar Merah sering meniti di bibir peminat puisi dan cerpen seluruh negara. Di sebalik nama pena tersebut, tidak ramai yang mengenali siapa Neerza sebenarnya.


Lewat usia remajanya, Neerza mula merasai manisnya cinta setelah mengenali seorang jejaka tanpa sengaja, jejaka tampan peminat setia nukilannya. Cinta yang mekar tanpa dipinta, mewangi dan terus mewarnai diari harinya. Walaupun tidak pernah menghadap muka namun gelaran ustaz muda yang menjadi milikan si jejaka terus meyakinkan Neerza akan kekuatan emosi dan kematangan akalnya. Aqmar merupakan anak muda lulusan Kuliyah Syariah wal-Qanun, Universitas Al-Azhar, Mesir. Perhubungan jarak jauh melalui kiriman e-mail akhirnya mengikat dua hati untuk sehidup semati. Dalam diam, Neerza terus buntu dan membatu, hanya berserah kepada kekuatan dan keikhlasan cinta Aqmar yang sering berfalsafah bahawa cinta sejati tetap utuh berpaksikan redha Yang Esa, tanpa memandang rupa dan harta.

            Beberapa purnama berlalu, rombongan lamaran pihak lelaki akhirnya tiba dan disambut penuh mesra. Namun, sebaik Neerza muncul di hadapan mata, semua memandang tidak percaya. Neerza yang muncul bersahaja dengan berkerusi roda ternyata menebak minda semua. Lahirnya tidak sempurna rupa, zahirnya lumpuh semua, tiada upaya mengurus segala. Neerza ditakdirkan lumpuh sejak menghidap demam kuning pada awal kelahirannya. Akibatnya, dia tidak mampu berdiri tegak, tidak mampu berpaling dan mendongak serta tidak mampu pantas bergerak. Nasib mindanya cukup tajam & jemarinya cukup sifat bagi membolehkan dia bergelar penulis yang hebat.

            Pasca peristiwa itu, Neerza terlalu kecewa dengan penolakan Aqmar walhal kedua ibubapanya, Bilal Hasyim & Mak Gayah tidak pernah menghalang perhubungan mereka. Ternyata Aqmar tidak cukup hebat untuk redha dengan hakikat kejadian insan sekerdil dan selemah diri Neerza. Akhirnya, sikap Neerza yang sopan mula berubah dan memberontak, sabarnya hilang memunculkan dendam. Pernah dia cuba bertindak mengelar urat nadi sendiri kerna tidak sabar untuk mati! ‘Jelas sekali bahawa Neerza si gadis solehah telah kalah dengan mainan cinta dan Aqmar si jejaka alim telah tewas dengan mainan rasa.’

Pelawat Harian