Ping Dr Busuk

Alqamah Yang Malang by Yatie Awang

Assalamualaikum dan selamat membaca



Seorang sahabat Rasulullah saw. yang bernama Alqamah, tidak dapat mengucapkan dua kalimah syahadah sewaktu tiba saat kematiannya. Puas diajar oleh para sahabat, namun Alqamah masih gagal mengucapkannya.

Sahabat sangat risau melihatkan wajah Alqamah yang pucat, mulut terkatup rapat serta kaki dan tangannya kaku tidak bergerak. Lalu hal ini diadukan kepada Rasulullah saw.

Rasulullah sudah sedia maklum bahawa Alqamah jadi begitu bukan kerana kurang amal ibadah, tetapi dia telah menderhaka kepada ibunya. Lalu dipanggil ibunya, maka Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud"

"Wahai ibu Alqamah, ampunkan dosa anakmu." Namun ibunya enggan kerana Alqamah telah mengecilkan hatinya.

Menurut ibunya, sebelum berkahwai, Alqamah seorang anak yang patuh, hormat dan begitu mengambil berat hal ehwal ibunya. Tetapi apabila telah berkahwin dia banyak melebihkan isterinya dan sering mengasari ibunya sehingga ibunya berkecil hati.

Melihat keengganan ibunya, Rasulullah saw. mengancam untuk membakar Alqamah. Menangis ibu Alqamah apabila diancam sebegitu, kerana kasih sayang pada anaknya itu terlalu mendalam. Lalu dia pun memaafkan anaknya.

Sebaik sahaja ibunya memaafkannya, dengan mudah Alqamah mengucap dua kalimah syahadah sebelum menhembuskan nafas yang terakhir.

Subhanallah...betapa besarnya kasih sayang ibu. Sayangilah ibu kita dan hargailah mereka.

Rindu Ibu...Al-fatihah buat IBU DAN AYAH TERSAYANG....Semoga Allah menempatkanmu dikalangan orang-orang yang beriman..Amin

sumber asal solusi29

4 ulasan:

  1. :( lady sellau je buat ibu kecik hati :(... kdg2 xnk buat.. tp sellau jugak buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lady sebagai seorang anak, menang kita selalu membuat ibu menangiskan? tapi sekarang..biarlah kita buat beliau bangga dengan kita.....kita akan jadi anak yang soleh dan solehah InsyaAllah

      Padam
  2. Walau Bonda tak pernah ucap, kita tahu maafnya mendahului marahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu awan..ibu sanggup maafkan kesalahan anaknya..walaupun hatinya disakiti. itulah ibu

      Padam

Pelawat Harian