Ping Dr Busuk

Terbayang Waktu Kiamat

Assalamualaikum dan selamat membaca

Foto

Moscow: Ketika satu objek bercahaya terbang pantas di udara, kelas gimnastik yang diadakan di Institut Kereta Api Chelyabinsk pagi kelmarin terhenti.

Semua pelajar tertumpu ke tingkap untuk melihat objek aneh berkenaan. Beberapa detik berlalu, dan tiba-tiba dengan dentuman kuat kaca tingkap di situ berkecai dan bandar Chelyabinsk bergegar. Hentaman meteorit (tahi bintang yang gugur ke bumi) di bandar Chelyabinsk yang tidak jauh dari sempadan memisahkan Eropah serta Asia itu membayangkan bagaimana suasana dunia apabila tiba waktu kiamat.


Walaupun ia bukan yang pertama, saintis berkata, hentaman sebelum ini tidak pernah mencederakan begitu ramai orang. Pelajar di institut berkenaan bergegas menuruni tangga untuk mencari tempat selamat di luar bangunan.

Di situ, ratusan orang terpaku memandang pancaran cahaya yang amat terang - bermula dengan warna kuning sebelum bertukar menjadi oren - di langit.


Sejurus kemudian, terdengar jeritan di mana-mana dan orang ramai kelihatan keliru. Kira-kira 1,200 orang dengan 200 daripadanya kanak-kanak cedera dan sebahagian besar mereka akibat terkena kaca yang berkecai di sekolah atau tempat kerja. Kementerian Dalam Negeri berkata, beberapa mangsa mengalami kecederaan kepala dan patah tulang.


Sehingga petang semalam, tiada laporan kematian diterima. Pihak berkuasa tempatan berkata, ada hampir 305,000 meter persegi kaca pecah, menyebabkan banyak bangunan terdedah kepada cuaca sejuk. Ketika saintis cuba mencari jawapan kepada insiden itu, penduduk Chelyabinsk terpaksa berdepan kenangan yang sebelum ini hanya dapat dilihat dalam filem fiksyen sains. Bloger Darya Frenn berkata, dia terkejut apabila ada haba panas menerpa masuk ke rumah ketika dia membuka tingkap.


ASAP dari meteorit dapat dilihat di langit.

“Seolah-olah laman saya mengalami musim panas. Kemudian saya nampak cahaya terbang di langit dan semakin kecil sebelum hilang di kawasan hutan,” katanya.


Beberapa saat kemudian, kata Darya, dia terdengar letupan kuat menyebabkan tingkapnya tertanggal. “Mudah-mudahan Tuhan melindungi anda daripada mengalami insiden ini,” katanya. Guru Valentina Nikolayeva berkata, dia melihat cahaya luar biasa yang menerangi kelasnya. “Ia cahaya yang tak pernah saya lihat, mungkin hanya berlaku pada hari kiamat,” katanya. Pada jam 9 pagi (waktu tempatan), matahari baru naik di Pergunungan Ural yang memanjang antara bahagian Eropah Russia hingga ke Siberia di timur.

Chelyabinsk adalah bandar perkilangan industri pertahanan Russia, termasuk sebahagiannya menghasilkan senjata nuklear.


Kawasan kilang di situ dipisahkan kawasan hutan luas dan tidak berpenghuni. Ketika penduduk Chelyabinsk memulakan hari baru kelmarin, seketul meteorit seberat 10 tan dan selebar tiga meter jatuh ke bumi dengan kelajuan sehingga 19 kilometer sesaat. Akademi Sains Russia berkata, ia dianggap luar biasa kerana sifatnya terlalu keras dan mungkin dihasilkan daripada besi, membolehkan serpihan daripada meteor lebih besar sampai ke bumi.


Pengarah Pusat Sains Planet dan Penerokaan di Universiti Western Ontario Peter G Brown berkata, saiz asal meteor itu mungkin selebar 15 meter dan seberat 7,000 tan. “Tenaga dihasilkan daripada letupan itu menyamai 300 kilotan bahan letupan.


“Ini menjadikannya yang terhebat direkodkan sejak kejadian di Tunguska, Siberia pada 1908,” katanya. - NYT

sumber

Pelik: Haiwan Yang Boleh Berubah Bentuk

Assalamualaikum dan selamat membaca

Selamat hari Jumaat semua pembaca RHI, semoga dihari yang berkah ini kita semakin ceria dan bahagia. Untuk kali ini pula, RHI nak tunjukkan pada u alls semua, haiwan yang boleh berubah bentuk. percaya tak? kalau tak percaya jom kita usha sama-sama...

 


 


 


 


Eeeemmmm....macam mana, percaya??? hahahahaa....jangan mudah terpedaya..ini semua kerja manusia-manusia yang cukup kreatif....ada je idea dia orangkan? kalau sekali pandang memang nampak real...apa-apa pun semoga u alls gembira mengembara bersama RHI...

kreadit to

Air Terjun Terindah Di Dunia

Assalamualaikum dan selamat membaca

Kali ini RHI nak bawa u alls jalan-jalan melihat keindahan ciptaan Tuhan. pernah u alls ke tempat air terjun, kalau di tempat kita air terjun taklah hebat manakan? tapi kali ni RHI nak tunjukkan yang paling hebat dan terindah di dunia..Jom kita selam sama-sama...jangan sampai lemas tau...

http://www.didunia.net/ 
Air Terjun Ramona, US

Air Terjun Iguazu, Brazil, Paraguay dan Argentina

 
Air Terjun Detian, Viatnam


http://www.didunia.net/ 
Air Terjun Avazu, US


 
Air Terjun Angel, Venezuela

Macam mana, dah tengok semuanya, ada yang lemas tak? Alhamdulillah...selamat semua hihihi...jomlah balik lain kali kita jalan-jalan lagi

Kisah Benar: Subhanallah!! Melekat Pada Kaabah

Assalamualaikum dan selamat membaca

Kali ini RHI nak kongsi satu kisah benar yang berlaku di Mekah. Nak tahu kisahnya, kisah tentang kebesaran Allah yang yang tidak dapat kita sangsikan lagi..semoga kisah ini akan menambahkan kepercayaan dan kecintaan kita pada Allah SWT...aamiin.

 
Al-Quran terbang di Mekah

 Ketika jemaah di Mekah sedang khusyu’ melakukan ibadah, tiba-tiba dikatakan terdapat senaskah Al-Quran terbang di udara kemudian ia terus melekat di Kaabah.

Mekah merupakan tempat destinasi utama bagi umat Islam di dunia ini untuk menunaikan ibadah umrah dan haji. Jadi tidak hairanlah jika Mekah dihadiri oleh jutaan manusia hampir setiap tahun. Suatu ketika ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. (Petikan Warta Perdana)

Makanan Paling Pelik Di Dunia

Assalamualaikum dan selamat membaca

Dah lama menyepi dari dunia blogging. kali ini RHI nak kongsi dengan pembaca tentang makanan. tapi bukan makanan yang menyelerakan tapi...tengoklah sendiri...

 
cengkerik goreng...bergaya je cengkerik tu kan? makanan ini popular di Afrika ni, katanya cengkerik ini punya protein yang sangat tinggi..sanggup makan?

 
Balut ini adalah telur itik atau ayam yang masih disenyawakan. eeee...entah apa2 tah, balut ini popular di negara seperti Philipina, Kemboja dan Vietnam

 
Lipas Goreng. lipas biasa je ni..yang berkeliaran dalam rumah anda hihih...ranggup je nampakkan?


 Kala Jengking Goreng. buat lauk pengantin best ni kan? hihi

 
Kebab Ulat Sutera. yang ini tak lah pelik sangat kalau tengok, dah biasa tenguk pun..tapi ada sesiapa pernah makan?

 Tikus Mondok Panggang. memang mondoklah..montel je..sampai terkangkang  kan? hihih siapa ayang yang sanggup, kalau sanggup pun kita maanlah boleh makan benda2 ni semua..

Klau u alls nak tengok lebih banyak lagi jom ke sini n kredit to

Pelawat Harian