Ping Dr Busuk

Misteri Batu Nisan 300 Tahun "Bernyawa"

Assalamualaikum dan selamat membaca

 

KUALA LIPIS: Misteri batu nisan sebuah kubur dipercayai berusia lebih 300 tahun yang seakan ‘bernyawa’ apabila semakin tinggi hingga mencecah hampir satu meter menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk Kampung Dusun di sini.

Kubur lama itu menempatkan cucu kepada seorang mualaf yang juga kapitan Cina dikenali sebagai Loo Soon yang membuka kampung berkenaan dan lelaki itu datang ke Kampung Dusun untuk mencari emas.

Loo Soon atau nama Islamnya, Bedu Ahmad atau Tok Dusun kemudian berkahwin dengan wanita tempatan dan memperoleh empat anak. Seorang daripadanya dipanggil Tok Muda.

Penduduk kampung terbabit mendakwa, kubur mempunyai batu nisan bernyawa itu milik Karim Muda iaitu cucu kepada Tok Dusun yang juga individu bertanggungjawab membuka perkampungan berkenaan.

Bekas Penghulu Kampung Dusun, Ahmad Nazri Abdul Rani, 73, berkata, keanehan batu nisan berkenaan membuatkan penduduk kampung tertanya-tanya apakah fenomena sebenar di sebalik kejadian itu.

Katanya, batu sungai yang dijadikan nisan itu pada mulanya tidaklah setinggi dilihat kini dan perkara itu amat menghairankan penduduk.

“Kami percaya batu nisan itu hidup kerana di sini ada lagi beberapa kubur dipercayai daripada keturunan Tok Dusun yang diletakkan batu jenis sama untuk dijadikan nisan tetapi tidak pula meninggi.

“Sehingga kini, penduduk kampung berusaha mengesan identiti sebenar kubur lain yang dipercayai daripada keluarga Tok Dusun untuk mencari salasilah individu dikatakan bertanggungjawab membuka kampung yang turut dinamakan sempena namanya itu,” katanya ketika ditemui.

Sambil menunjukkan ketinggian sebenar batu nisan itu, Ahmad Nazri yang juga ‘orang lama’ di kampung berkenaan berkata, dia percaya kejadian pelik itu bukti hikmah dan kekuasaan Allah.

“Kita janganlah memikirkan yang bukan-bukan kerana apa yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

“Sebagai hambaNya, kita mesti percaya pada apa yang berlaku dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan menyalahi agama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Dusun, Ibrahim Aziz, 58, berkata, disebabkan keganjilan yang berlaku itu, penduduk kampung kini berusaha menjaga kawasan tanah perkuburan berkenaan kerana khuatir kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab berbuat syirik di kubur itu.

Katanya, mereka tidak mahu sesuatu perkara khurafat yang menyalahi agama dilakukan di kawasan tanah perkuburan berkenaan apatah lagi di ‘kubur bernyawa’ itu.

“Kita sedia maklum benda pelik begini mudah dijadikan pihak cetek agama sebagai tempat melakukan perkara syirik seperti pemujaan nombor ekor dan sebagainya.

“Justeru penduduk kampung berusaha menjaganya supaya bebas daripada gangguan pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Ibrahim berkata, sehingga kini penduduk kampung masih tidak melihat sesuatu kejadian pelik berlaku di sekitar kubur berkenaan.

“Jika boleh, saya minta pihak berkenaan datang menjalankan kajian di sini untuk mengenal pasti identiti sebenar beberapa lagi kubur lain,” katanya.

sumber

Subhanallah...Daging Ini Tertera Khalimah Allah?

Assalamualaikum dan selamat membaca

Berkatnya daging lembu yang disembelih. Untuk makluman tanah surau ini diwakaf oleh (Pok Bakar).

Pada 18 September 2010  di surau Darulsalam (Pok Bakar) depan stesen minyak ESSO Paka telah mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri. Seekor lembu telah disembelih dan dagingnya telah dimasak singgang untuk  jamuan. Kebetulan petang itu selepas solat zohor Ustaz Saiful datang makan.

Semasa tengah makan tu berita gempar dari anak Pok Bakar yang sedang menambah  lauk di khemah perempuan telah terjumpa kalimah Wallahu. (Allah) disekeping daging yang dihidangkan, tidak sampai beberapa minit terjumpa satu ketul   daging lagi serupa kalimah Allah lagi. Ramai yang sempat merakamkan gambar ketulan daging tersebut.

Pada sebelah pagi semasa siang daging lembu itu tersebut daging tak habis untuk dilapah, sehingga dah dimasak 2 kawah daging masih lagi tak habis disiang.

Pok Bakar pun merasa hairan kenapa daging ni menjadi banyak. Harga seekor lembu hanya RM 2,400 jer. Jamuan sampai lepas solat asar masih ada lagi. itu lah dia kekuasan Allah SWT.      







Wallahualam.
Sumber

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur

Assalamualaikum dan selamat membaca

 

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.




sumber

Kisah Benar: Pulang Ke Rumah Setelah 3 Hari Dikuburkan

Assalamualaikum dan selamat membaca


Penduduk Padang digegarkan dengan peristiwa aneh  kerana ada seorang datuk berusia 75 tahun sudah dikubur boleh hidup kembali.

Datuk tersebut bernama Faizal (75). Dia dikuburkan pada Sabtu 15 Januari lalu pukul 15.00 ptg. namun pada hari Isnin 18 Januari pada pukul 15.30 ptg tiba-tiba dia pulang ke rumah.

Faizal tiba di rumah dengan dihantar oleh tentangganya. Keluarga yang sedang mempersiapkan majlis doa tahlil  lari ketakutan melihat datuk itu pulang dihantarkan tetangga.

Afrizon (35), anak Faizal  bercerita, ketika ayahnya  pulang orang yang datang ke rumah ingin membaca doa bersama langsung lari ketakutan.

“Mereka takut kerana ayah kan sudah dimakamkan tiga hari lalu,” katanya pada okezone

Kejadian bermula, ketika Afrizon melihat di media ada mayat tak dikenal di rumah mayat RSUP dr Djamil Padang yang ditemukan di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman.

“Saya melihat gambar mayat itu mirip bapak saya, dan pada Sabtu kira-kira pukul 02.00 saya datang ke hospital itu dan memeriksa keadaan mayat tersebut, ciri-cirinya mirip dengan bapak saya,” tuturnya.

Ciri-ciri yang meyakinkan mirip dengan bapaknya itu pelipis kiri ada bekas goresan luka, pergelangan tangan kirinya ada jejak patah tulang, serta di celah-celah jari manis dan jari tengah ada peluru yang masih tertanam dan sudah menyatu dengan dagingnya.

Sementara bahagian dada ada bekas tembakan peluru dan begitu juga di perut ada bekaspembedahan. “Begitu pula wajahnya dan rambutnya mirip dan pakaian yang dikenakan juga sangat mirip, membuat saya percaya bahawa itu bapak saya,” katanya.

Pihak hospital juga tidak memiliki identiti mayat yang ditemukan polis itu, kemudian pada Sabtu g Afrizon bersama saudara lain mendatangi hospital itu untuk memeriksa kembali dan mereka setuju bahawa itu ayah mereka.

“Pada pukul 14.30 ptg mayat dimandikan dan langsung dikafani serta dibawa ke rumah. Pukul 15.00 ptg mayat yang sudah sampai di rumah langsung di kebumikan di tanah kelurgayang tak jauh dari rumah,” ulasnya.

sumber

Aku Mahu Tinggalkan Dunia Dalam Sujud Ku

 Assalamualaikum dan selamat membaca


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak ternampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.

Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan.

Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan.

Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kasturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:

"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."

Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu! "

Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:

"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."

Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku.

Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"


Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya.

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

___________________________

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah.

Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Sumber

Kisah Benar: Mayat Berpeluh Walaupun Sudah Lama Meninggal

Assalamualaikum dan selamat membaca


Benda-benda ni abah aku selalu cerita kat setiap orang yang datang ziarah rumah. Mungkin abah nak release kot. So aku nak release gak la. Bagi korang tau kisah mama aku. :)
Semua benda-benda kat bawah ni ialah kisah benar,insyaallah. Sebab aku dengar dari mulut orang yang lalui peristiwa tu. Tapi taktau la kalau orang tu nak reka-reka cerita ke,takpe la. Janji cerita baik dan boleh ambil iktibar.

1) Mama kena attack,sesak nafas ketika mama dalam telekung. Mungkin mama baru nak solat,mama tengah solat,atau mama baru selesai solat. Itu amal terakhir mama sebelum mama koma 3 hari.

2) Dalam perjalanan ke hospital,tak ada benda lain mama sebut kecuali mama mengucap. Sehingga mama tak sedar diri. Perkataan terakhir yang aku dengar dari mama "Allah". Gembiranya aku!! :D

3) Ketika mama sakit, ramai kawan-kawan mama datang dari bangi. Ada juga datang dari perak. waktu mama meninggal lagi la ramai. Dari johor pun ada. Dari sini kita boleh nampak mama ni orang dia macam mana kan? :)

4) Waktu nak urus mama,nak bawak balik mama dari hospital ke kampung, tak ada najis yang keluar dari badan mama. Waktu mandikan mama pun tak ada najis yang keluar dari badan mama. Ustazah yang mengetuai urusan tu pun pelik. Dia tak pernah jumpa kes macam ni. Berkali2 dia cuba tekan perut mama,memang tak keluar apa-apa

5) Waktu proses mandi dan kafankan mama, gerimis turun. Bila selesai urusan,gerimis berhenti. Waktu dah sampai ke kubur,gerimis balik. Bila dah habis tanam,gerimis pun berhenti. Apa tanda ini eh?

6) Ada seorang kawan mama yang datang dari jauh,dia sampai ke kampung waktu jenazah sedang diuruskan. Dia cakap, dia nampak ada satu awan tebal duduk betul2 atas rumah tok. Kawasan lain semua tak ada awan. Taktau la betul ke tak cerita ni,tapi aku dapat cerita ni dari paklang.

7) Mama berpeluh dari malam yang meninggal sehingga pagi esok waktu nak mandikan. Ramai orang yang perasan benda ni. Mama masih berpeluh walaupun dah lebih 12jam meninggal. Abah beberapa kali lap peluh mama ni.

8) Makjang cerita, pagi ahad tu dia ada cium mama. Dia cakap dia terkejut sebab badan mama masih lagi panas. Walaupun dah lebih 12jam meninggal.

9) Tukang gali kubur ada cakap kat paklang, dia cakap yang jenazah ni badan dia lembut sangat. Jarang dia jumpa jenazah yang lembut macam ni. Walaupun dah lebih 12jam meninggal. Dia rasa tu waktu dia tengah adjust badan mama dalam liang lahad. Tapi badan mama memang tak mengeras,rasa macam masih hidup.

Itulah mama aku.
Pagi sebelum mama kena attack,dalam keadaan berkerusi roda(kaki patah),mama masih lagi istiqmah bangun Qiam. Pagi tu jugak mama tak tinggal Solat Dhuha. Walaupun sangat susah bergerak sebab kaki patah dan duduk atas kerusi roda. Kagum kan? :D

Hebat kan mama aku? Aku tak sempat nak berbakti kat mama. Mama pergi awal sangat. Mama pergi waktu aku baru umur 19 tahun. Sedangkan abah yang dah 61 tahun pun ada lagi mak.(Jeles!)

Tujuan entry ini ditulis bukan untuk nak menunjuk-nunjuk kebaikan mak aku. Aku cuma ingin berkongsi kisah kehidupan seorang manusia yang hebat. Agar kita sama-sama dapat mengambil pelajaran dan pengajaran diri beliau. Satu je aku nak share pengajaran dari entry kali ini :
"Ayuh melazimi Qiamullail dan Solat Dhuha"

sumber

Pelawat Harian